Wednesday 29 August 2012

Lagenda Hikayat 1001 Malam

Assalamualaikum korang! 

Heh. Masih dalam mood raye ke? Kat studio UOK ni lagu-lagu raye masih berkumandang. Terhibur rase hati. Tapi jangna  lupa... beraya boleh tapi jangan membazir dan berlebihan ye.

Hari tu UOK dan ajak korang berkenanalan dengan legend Datuk Lat kan? kali ni UOK nak ajak korang kenang-kenang kembali kisah hikayat 1001 malam. Mesti korang pernah dengar kan. Meh kita flash back sikit tentang "Hikayat 1001 Malam" ni. 

Google > Wikipedia > Hikayat 1001 Malam

Hikayat-hikayat itu berlaku pada zaman Empayar Sasan dan bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi. Maharaja itu memerintah sebuah pulau yang tidak dinamakan "antara India dengan China" (dalam edisi-edisi moden berdasarkan transkrip-transkrip Arab, baginda ialah maharaja India dan China). Terperanjat dengan kecurangan isterinya, Shahryar membunuhnya. Menganggap bahawa semua wanita juga curang, baginda memerintahkan wazirnya untuk mendapatkan isteri yang baru setiap malam (dalam beberapa versi, setiap tiga malam). Selepas menghabiskan satu malam dengan isterinya, baginda akan menjalankan hukuman mati ke atasnya pada waktu subuh. Amalan ini berterusan agak lama, sehingga Sheherazad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrayar.
Dengan bantuan adik perempuannya, Dunyazad, Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda. Setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian saspens supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui akhir cerita. Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri itu dimansuhkan.
Hikayat-hikayat itu berbeza-beza secara meluas dan merangkumi cerpen sejarah, cerpen cinta, tragedi, komedi, sajak, burlesk, serta legenda agama Islam. Sebilangan hikayat masyhur yang diceritakan oleh Shahrazad kini diterjemahkan dalam banyak bahasa Barat, termasuknya:
  • Lampu Aladdin
  • Sindbad si Kelasi
  • Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun.

Bagaimanapun, hikayat "Aladdin" dan "Ali Baba" sebenarnya hanya dimasukkan oleh Antoine Galland, seorang orientalis Perancis, pada abad ke-18. Galland mendakwa bahawa beliau memperoleh cerpen-cerpen dalam bentuk lisan daripada seorang pencerita Maronite (ahli Gereja Katolik Timur) yang berasal dari Aleppo, Syria. Banyak hikayat menggambarkan jin, ahli sihir, dan tempat-tempat lagenda, yang sering dicampurkan dengan masyarakat dan geografi yang sebenar; umpamanya, kalifah sejarah, Harun al-Rashid, yang merupakan protagonis yang biasa, bersama-sama dengan pemuisi istana, Abu Nawas, dan wazirnya, Ja'far al-Barmaki. Kadang-kala, satu watak dalam hikayat Scheherazad akan bermula dengan menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesuatu kisah, dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah di dalamnya yang diceritakan. Teknik ini menghasilkan jalinan karangan yang kaya dengan berbilang lapisan atau dikenali sebagai 'cerita berbingkai' (cerita dalam cerita).

Itu serba sedikit info tentang Hikayat 1001 Malam. Cerdik sungguh isteri Maharaja Shahryar ye. Masa UOK kecik-kecik, memang terbiasa dah baca buku hikayat 1001 malam ni. Lebih kurang cam gi ni lah rupe bukunye. 


Monday 27 August 2012

Legenda Dunia Kartun Malaysia; Datuk Lat

Assalamualaikum korang!

Siapa tak kenal dengan Datuk Lat? Ape? tak kenal? tak legend lah korang ni!

Meh sini UOK nak kenalkan pada korang lagenda yang tak asing. Jap, Google > Wikipedia > Datuk Lat. Haaa!! Jumpe dah. hehe


Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, (lahir 5 Mac 1951) ialah seorang kartunis Malaysia. Pemenang Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada tahun 2002 ini, Lat telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah. Karya Lat yang paling terkenal ialah The Kampung Boy (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.
Sebagai anak kelahiran kampung, Lat banyak menghabiskan zaman mudanya di luar bandar sebelum berpindah ke bandar sewaktu berusia 11 tahun. Sewaktu di sekolah, beliau menambah pendapatan keluarganya dengan menyumbangkan jaluran kartun kepada akhbar dan majalah. Beliau hanya berumur 13 tahun apabila belia menjayakan komik terbitan pertamanya, Tiga Sekawan. Setelah gagal mencapai gred-gred yang memuaskan untuk melanjutkan pelajarannya selepas sekolah menengah, Lat menjadi seorang wartawan akhbar. Pada tahun 1974, beliau bertukar kerjaya menjadi kartunis editorial. Karya-karyanya yang mencerminkan pandangan dirinya terhadap hal-ehwal Malaysia dan dunia, sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti New Straits Times dan Berita Minggu. Beliau mengadaptasikan pengalaman hidupnya lalu menerbitkannya dalam bentuk autobiografi, iaitu The Kampung Boy and Town Boy, untuk menceritakan kehidupan di luar bandar dan di bandar dengan menyiratkan perbandingan antara kedua-dua persekitaran hidup itu.
Gaya kartun Lat disifatkan mencerminkan pengaruh-pengaruh awalnya, majalah komik The Beano dan The Dandy dari UK. Walau apapun, beliau mampu membuat cara ilustrasi sendiri dengan melukis orang kebanyakan dengan coretan dakwat yang tebal. Cara beliau melukis watak Melayu dicirikan dengan hidung bergelung tiga. Lat memberi tumpuan kepada kehidupan rumah tangga dan kanak-kanak disebabkan penyanjungannya terhadap Raja Hamzah sejak 1960-an. Rejabhad, seorang lagi kartunis tersanjung, merupakan pembimbng Lat yang memenuhi kartunis muda itu dengan kepekaan terhadap perkara-perkara dalam karyanya. Tumpuan Lat terhadap butir-butiran menjadi faktor beliau menjadi terkenal kerana karya-karyanya yang menarik semua lapisan masyarakat dengan cerita-cerita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah.
Selain menulis dan menerbitkan kartun, Lat turut menceburi bidang animasi, pembarangan, dan taman tema yang menampilkan karya-karya ciptaannya. Nama dan karya-karyanya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa; kartunis luar negara seperti Matt Groening dan Sergio Aragonés mengagumi hasil seninya, manakala ada kerajaan luar negara yang mengundang Lat untuk melawat negaranya demi meluaskan pendedahan negaranya di mata dunia menerusi catatan pengalaman Lat di negara-negara sedemikian dalam bentuk kartun. Selepas 27 tahun berdiam dan bekerja di Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh untuk menjalani kehidupan separa bersara yang lebih tenang.

Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini tentang Datuk Lat 

Bahkan terkenal di peringkat international

Antara karya terkenal beliau -Keluarga Si Mamat

Datuk Lat bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed

Lukisannya yang melagenda
Korang yang minat melukis, siapa kata tak boleh pergi jauh. Datuk Lat dah buktikan dengan melukis dia boleh pergi jauh, bahkan ke peringkat international. Yang penting korang kene yakin dengan diri sendiri. Apapun, selamat berkarya ye!